22 April 2010

Tempoh Darh nifas...

Ramai yg tertanya2 tempoh sebenar darah nifas..terutamanya yg tidak mmpunyai pengalamn..hal ini juga terjadi kpd diri ku yg tidak pernah melalui saat ini..utk mnjwb soalan yg terbuku di hati ini, aku byk jug cri maklumat mengenai masalah ini....di sini terdapat sedikit penerangan yg bolh dikongsi bersama.... :)

DARAH YANG KELUAR SEBELUM MELAHIRKAN

Jika wanita yang sedang hamil melihat keluarnya darah lima hari sebelum melahirkan dan tidak melihat adanya tanda-tanda dekatnya saat kelahiran seperti rasa sakit karana ingin melahirkan/kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid mahupun darah nifas, tetapi ianya darah fasad (rOsak) menurut pendapat yang shahih. Jika perkara ini berlaku, ia tidak boleh meninggalkan ibadah, tetap perlu mengerjakan solat dan puasa.

Akan tetapi jika keluar darah tersebut ada tanda-tanda kelahiran iaitu rasa sakit maka darahnya itu adalah darah nifas. Jika ini berlaku tidak perlu mengerjakan solat dan puasa. Bila ia telah selesai/suci dari nifasnya setelah melahirkan, ia mengqadha puasanya saja.

Tempoh darah nifas

Imam Syafi’ie dan mazhabnya tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari.

Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit.

Imam Syafi’ie berhujah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Tempoh 40 hari itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya...

No comments:

Post a Comment